Saya sempat menghadiri OBW 2009 pada 27-28 Jun 2009 baru-baru ini.Sedar tidak sedar, sudah hampir setahun saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada usaha kecil ini kerana kesibukan tugas.
Ketika sampai di STAR pada lewat senja hari Sabtu (27 Jun 2009), saya amat gembira kerana dapat bertemu seorang bekas pelajar STAR, junior saya di Rumah Hitam dahulu,yang menjual 'magnetic bookmarks' bagi meraih dana untuk perpustakaan STAR.Saya benar-benar bangga dengan usahanya yang kreatif itu.Saya fikir kalau semua orang berusaha sepertinya,dengan mudahnya kita boleh beli buku-buku baru untuk perpustakaan STAR.
Agak ironis apabila dalam masa setahun ini, saya dan rakan-rakan sukarelawan Islamic Relief Malaysia sudah berjaya menubuhkan dua buah perpustakaan rumah anak yatim di negeri Perak ini,namun sebagai bekas pelajar STAR saya tidak mampu untuk melakukan sedemikian untuk perpustakaan sekolah sendiri. Perpustakaan-perpustakaan di rumah anak yatim itu tersebut rata-rata mempunyai koleksi buku bernilai hampir RM20,000 hasil sumbangan orang ramai, sedangkan untuk sekolah sendiri untuk mendapatkan dana sebanyak itu begitu sukar sekali. (Peruntukan kerajaan untuk membeli buku-buku untuk perpustakaan STAR ialah sebanyak RM7000 setahun - berdasarkan pengalaman, saya boleh menganggarkan dengan agak tepat berapa buah buku yang boleh dibeli dengan peruntukan sebanyak itu)
Walau bagaimanapun, saya tidak gemar untuk berpolemik lanjut mengapakah ia sukar dan ia terjadi atas alasan-alasan tertentu dan sebagainya.. Apa yang saya tahu, saya harus membantu dengan apa cara sekalipun bagi mendapatkan buku-buku yang baik untuk perpustakaan STAR.
Pagi Ahad lepas (28 Jun 2009), sebelum meninggalkan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), saya sempat meninggalkan beberapa buah buku di tepi pintu perpustakaan. Buku-buku itu saya ambil daripada perpustakaan peribadi saya untuk disumbangkan kepada Perpustakaan STAR. Buku Pengembaraan Ibnu Battutah itu pula disumbangkan oleh Br.Aman Shah yang telah mendermakan baucar buku MPHnya tidak lama dahulu.
Insya Allah blog ini akan kembali aktif semula demi gedung ilmu di sekolah tercinta.
Dirgahayu STAR!

0 comments:
Post a Comment